Polimas Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Fakta menarik mengenai Internet.

Go down

Fakta menarik mengenai Internet. Empty Fakta menarik mengenai Internet.

Post by tester00 Mon Jan 07, 2008 1:58 am

1. Jumlah keseluruhan pengguna Internet diseluruh dunia seperti yang dilaporkan oleh Internet-World-Stats pada Feb 2004 ialah hampir 740 juta. 650 juta pengguna dari jumlah tersebut merupakan pengguna yang berada dalam lingkungan 25 negara teratas di dunia yang mempunyai bilangan pengguna paling banyak di dunia.

2. Amerika Syarikat mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai di dunia iaitu sebanyak 199 juta mendahului negara yang paling banyak penduduk di dunia di China yang menduduki tempat kedua.

3. Menurut laporan Internet-World-Stats pada Feb 2004, walaupun Amerika Syarikat mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai di dunia namun dari segi kadar penembusan penggunaan Internet, ia jatuh ketempat kedua. Tempat pertama disandang oleh Sweden yang mempunyai kadar penembusan sebanyak 77% berbanding dengan Amerika Syarikat yang hanya 68%.

4. Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam senarai 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna Internet paling ramai. Walaubagaimanapun, dari segi kadar penembusan, Malaysia tidak tersenarai dalam lingkungan 25 negara teratas yang mempunyai kadar penembusan penggunaan tertinggi. Kadar penembusan bagi Malaysia hanyalah 32% sahaja.

5. Kadar penembusan yang tertinggi bagi negara Asia ialah Hong Kong (China) yang menduduki tangga ke-5 dunia. Negara-negara Asia yang lain yang turut berada dalam senarai Top 10 ialah Korea Selatan yang menduduki tempat ke-8 dunia dan Singapura yang menduduki tempat ke-9 dunia. Secara ringkas, negara-negara Asia yang mempunyai kadar penembusan bagi penggunaan Internet yang tertinggi ialah Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Jepun.

6. Benua Afrika merupakan benua yang mempunyai jumlah pengguna Internet yang paling rendah berbanding dengan benua-benua lain iaitu sebanyak 10 juta orang. Namun, apa yang menarik, kadar pertambahan pengguna dalam tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2004 adalah sangat menggalakkan di mana ianya meningkat sebanyak 123.6%!

7. Agak pelik kerana negara-negara gergasi dunia seperti China dan Russia mempunyai kadar penembusan penggunaan Internet yang sangat rendah. Kadar penembusan bagi China hanyalah 6% manakala Russia pula 4.1% sahaja.

8. Antara 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna paling ramai di dunia, India dan Indonesia mempunyai kadar penembusan penggunaan yang paling rendah. Kadar penembusan bagi India begitu rendah iaitu 1.5% manakala Indonesia pula sebanyak 3.6%.

9. Berdasarkan laporan GlobalReach bagi bulan Mac 2004, bahasa yang paling popular digunakan di Internet ialah Bahasa Inggeris iaitu sebanyak 35.8% diikuti dengan Cina sebanyak 14.1% dan Jepun, 9.6%

10. Di Malaysia pula, Bahasa Melayu menjadi bahasa utama Internet diikuti dengan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

tester00
Kaki Forum
Kaki Forum

Number of posts : 9
Registration date : 2008-01-06

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum